MAJLIS PERSARAAN PENGURUS BESAR KUMPULAN DAN TIMBALAN PENGURUS BESAR KUMPULAN

Pada 28 Ogos 2020, telah diadakan Majlis Persaraan Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed dan Timbalan Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Tuan Haji Mohamad Fadzil Bin Hitam. Majlis bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS. Majlis ini dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PKPS dari ibu pejabat, perladangan dan projek PKPS dan tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Zamani Bin Ahmad Mansor.

Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed telah berkhidmat di PKPS selama 6 tahun dan tamat perkhidmatannya pada 31 Ogos 2020 manakala Tuan Haji Mohamad Fadzil Bin Hitam telah berkhidmat selama 4 tahun dan bersara pada 12 April 2020. Banyak jasa dan bakti telah ditaburkan sepanjang tempoh perkhidmatan di PKPS.

Majlis dimeriahkan dengan tayangan video persaraan Tuan Haji Tamby Omar bin Mohammed dan Tuan Haji Mohamad Fadzil bin Hitam dan seterusnya persembahan nyanyian oleh guru-guru dari Tadika Permata, PKPS dan disambut gembira hadirin-hadirat yang hadir.

 

Pohon mempelam lebat berbuah,

Gugur sebiji di tepi tangga,

Kita bertemu akhirnya berpisah,

Dengan izin Allah, berjumpa lagi.

Scroll to Top