TERNAKAN AYAM DAGING

PKPS memulakan Projek Ternakan Ayam Daging dengan usahasama pihak PKPS Livestock Farm Sdn. Bhd. dan pihak Charoen Pokphand (CP) dari Thailand yang terletak di  Ladang PKPS Jelutong Jati, Selangor. Ladang ini dibina berdasarkan sistem tertutup dan sistem penyejatan. Sistem tertutup menggunakan teknologi ‘bio-secure’ bagi mengelakkan dimasuki penyakit  yang berpotensi, manakala Sistem Penyejatan akan mengekalkan suhu yang bersesuaian di dalam setiap unit rumah ayam.

Projek ini dilengkapi dengan 4 unit rumah ayam, setiap unit rumah ayam mampu menampung 50,000 ekor ayam. Untuk Projek Ternakan Ayam Daging yang pertama ini mampu menampung 200,000 ekor ayam pada satu masa atau 1.2 juta ekor setahun.

Melihat kepada potensi yang ada, dan pemindahan teknologi yang di perolehi dari Projek Ternakan Ayam Daging yang pertama ini, PKPS mengorak langkah lebih kehadapan, memperluaskan aktiviti ini di Ulu Tinggi, Daerah Kuala Selangor. Dua (2) fasa yang melibatkan 8 unit rumah ayam dibina. Untuk fasa 1 iaitu 4 unit rumah ayam, adalah usahasama pihak Charoen Pokphand dan Fasa 2 akan diusahakan oleh PKPS secara langsung.

Scroll to Top