SEJARAH PENUBUHAN PKPS

LOGO AWAL
LOGO TERDAHULU
LOGO TERKINI

Lembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk menebus tanah-tanah sawah, memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah dan memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah. LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973. PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.

Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut.

Scroll to Top