taklimat-anti-rasuah-sfv-2020-5

TAKLIMAT MENGENAI SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH (MS ISO 37001:2016 – ABMS) DI SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)

Bestari Jaya, 5 Ogos 2020 – Unit Integriti (UI) sedang membangunkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (MS ISO 37001:2016 – ABMS) di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Justeru, satu sesi taklimat mengenai Sistem Pengurusan Anti-Rasuah PKPS telah diadakan di Ladang Selangor Fruit Valley (SFV). Taklimat ini dikendalikan oleh konsultan yang telah dilantik iaitu Momentum Training & Consultant dan peserta taklimat terdiri daripada Pengurus dan staf ladang SFV.