TERNAKAN LEMBU TENUSU
![](https://www.pkps.gov.my/wp-content/uploads/2015/06/lawatan-yb-yakob-12-mac-2011-161.jpg)
Projek Lembu Tenusu telah mula beroperasi pada tahun 2011. Ia adalah projek yang dijalankan secara langsung oleh PKPS melalui PKPS Livestock Farm Sendirian Berhad. Ladang ini hanya berkeluasan 5 ekar dan terletak di sebahagian Ladang PKPS Jelutong Jati (Kelapa Sawit), Daerah Sabak Bernam, Selangor.
Baka Lembu adalah dari Fresian-Haifer (Thailand) dan Jersey (Australia). Sehingga Disember 2014, terdapat sebanyak 498 ekor lembu yang terdiri daripada lembu dara, lembu bunting, panjantan dan ‘dry cow’. Manakala ‘Milking Cow’ sebanyak 164 ekor.