AKTIVITI UNIT INTEGRITI TAHUN 2020

14 September 2020

Taklimat Integriti & Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) di Ladang PKPS Sungai Tengi

Ladang PKPS Sg. Tengi Selatan – Satu sesi Taklimat Integriti dan SPAR telah diadakan kepada pegawai dan kakitangan Ladang PKPS Sungai Tengi, Ladang Tanjung 12, Ladang Kerling dan Projek Ayam Ladang Ulu Tinggi.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan ilmu berkaitan integriti serta kefahaman akan pelaksanaan sebuah system kawalan dalaman iaitu Anti-Bribery Management System (AMBS: ISO 37001/2016) yang akan dilaksanakan dalam PKPS.


2 September 2020

Taklimat Integriti & Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) di Pasar Borong Selangor

Seri Kembangan – Satu Taklimat Integriti dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pasar Borong Selangor (PBS).

Taklimat ini telah disertai oleh Pengurus dan kakitangan PBS.

En. Ahmad Damya, Pengurus Integriti PKPS telah memberi taklimat berhubung SPAR kepada semua peserta yang terlibat.


17 Ogos 2020

Taklimat Integriti & Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) di Landang PKPS Sungai Panjang

Sungai Panjang – Satu Taklimat Integriti dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) telah dilaksanakan di Ladang PKPS Sungai Panjang.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Integriti, PKPS iaitu Encik Ahmad Damya Bin Zakaria dan dihadiri oleh Pengurus dan Kakitangan Ladang Sungai Panjang.


5 Ogos 2020

Taklimat Mengenai Sistem Pengurusan Anti Rasuah (MS ISO 37001:2016 – ABMS) di Selangor Fruit Valley (SFV)

Bestari Jaya – Unit Integriti (UI) sedang membangunkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (MS ISO 37001:2016 – ABMS) di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Justeru, satu sesi taklimat mengenai Sistem Pengurusan Anti-Rasuah PKPS telah diadakan di Ladang Selangor Fruit Valley (SFV).

Taklimat ini dikendalikan oleh konsultan yang telah dilantik iaitu Momentum Training & Consultant dan peserta taklimat terdiri daripada Pengurus dan staf ladang SFV.

Scroll to Top