Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Usahawan Tani (INTAN) @ PJ City Food Valley di antara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada 17 Mac lalu.
Ia melibatkan Peojek Agro Bandar di Skim-skim Perumahan Kos Rendah khususnya membantu menambah pendapatan golongan B40. MPBJ diwakili oleh Datuk Bandar , YBhg Tuan Mohamad Azhan Md Amir dan PKPS pula diwakili oleh Ketua Pegawai eksekutif, Dr Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi.