NO. ARTIKEL: BIL. 8/2024 | ORANG-ORANG YANG MEMILIKI SIFAT QANAAH

Manusia sememangnya tidak pernah lepas dari menjadi pelupa dan melakukan kesalahan. Seringkali juga berlaku, seseorang yang  disebut tidak qanaah.

Apa itu Qanaah ?

Qanaah ialah satu sikap yang sentiasa rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang dinikmati atas usaha yang telah dilakukan. Orang yang memiliki sifat qanaah sentiasa menjauhkan diri daripada perasaan merasa tidak puas dan sentiasa merasa kurang. Mereka sentiasa berpendirian apa yang diperolehi adalah kehendak Allah SWT.

Qanaah adalah sikap rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri dari dari rasa tidak puas dan kurang. Orang yang dengan sifat qanaah memiliki pendirian apa yang diperoleh atau yang ada didirinya adalah kehendak Allah.


Qanaah dari segi bahasa bermaksud ’cukup’ dan merasa puas dengan setiap sesuatu yang telah dikurniakan oleh Allah SWT sekaligus merasa tunduk dan akur dengan segala kurnianya.

Hakikatnya dalam Ilmu Tasawuf, seseorang bersifat Qanaah akan merasa cukup akan yang diperolehi dan merasa syukur jika hasil / rezeki yang diperolehi semakin bertambah.

Menurut Muhammad Ali Al-Tirmizi, sikap qanaah ini merupakan  jiwa yang rela terhadap pemberian rezeki yang telah ditentukan-Nya. Kemudian menurut Abu Abdillah bin Khafif, qanaah adalah perbuatan meninggalkan angan-angan terhadap sesuatu yang tidak ada dan merasa cukup dengan sesuatu yang telah ada. Sementara itu, menurut Abu Zakaria Ansari, qanaah adalah perasaan seseorang yang merasa cukup dengan apa yang dimilikinya, terutama dalam pemenuhan keperluan hidup berupa makanan, pakaian, dan lain-lain.

2.  Sifat Orang Qanaah

          i.         Tidak pernah mengeluh dalam menghadapi kenyataan hidup

          ii.        Sentiasa bahagia dan senang dengan apa yang dimiliki

          iii.       Tidak merasa marah dan iri dengan kejayaan orang lain

          iv.       Rela dengan apa yang menjadi hak orang lain

          v.        Ikut senang dan gembira apabila melihat kejayaan orang lain

          vi.       Menerima dengan rela apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya

            vii.      Tidak tertarik oleh segala tipu daya yang bersifat duniawi

          viii.     Tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuannya

          ix.       Menerima dengan sabar akan ketentuan Allah SWT

3.       Contoh Qanaah

Ada banyak perilaku dalam kehidupan seharian yang mencerminkan qanaah. Perilaku itu sebenarnya harus diteruskan dan dikembang dalam kehidupan seharian termasuk dalam bidang pekerjaan. Antaranya ialah :

i.        Rajin bekerja dan berusaha untuk mencapai hasil yang terbaik.

–         Islam tidak memerintahkan umatnya untuk berdiam diri dan pasrah terhadap keadaannya, melainkan untuk sentiasa berusaha semaksima mungkin dan rajin bekerja untuk dapat menghasilkan yang terbaik. Tidak lupa harus diiringi dengan doa agar sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

ii.       Tidak mudah kecewa dan berputus asa.

–         Setelah anda berusaha dengan sedaya upaya, namun hasilnya belum setimpal. Ketika itu janganlah anda merasa kecewa dan berputus asa. Teruslah pasrah kepada Allah SWT untuk diberikan petunjuk serta jalan yang terbaik dalam kehidupan ini.

          iii.      Hidup secara sederhana dan tidak tamak.

–         Ketahuilah bahawa Allah SWT dan Rasulullah SAW sangat menyukai hambanya yang hidup dengan kesederhanaan dan sentiasa menyesuaikan diri dalam setiap perjalanan hidupnya.

            iv.        Selalu bersyukur. –  Bersyukur adalah ubat yang paling baik dalam kehidupan. Dengan rasa bersyukur, manusia akan sentiasa ikhlas menerima segala apa yang telah diberikan dan ditentukan oleh Allah SWT.

Scroll to Top