MAJLIS KORBAN PERDANA PKPS DI SELANGOR FRUIT VALLEY

Pada 12 Julai 2022 lalu, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah mengadakan Majlis Korban Perdana 2022 melibatkan 7 ekor lembu dan 12 ekor kambing. Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato Seri Amirudin Shari turut hadir melawat lokasi penyembelihan majlis tersebut diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, YB Puan Juwairiya Zulkifli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi.

Majlis ibadah korban tersebut dilaksanakan secara bergotong royong dan diagih-agihkan kepada staf dan kakitangan PKPS. Majlis itu turut diserikan denagn sesi memasak sebahagian daging korban tertentu secara beramai-ramai.

Terdahulu pada sebelah pagi turut diadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PKPS Bil.Ke-167 yang turut diadakan di lokasi yang sama.

Scroll to Top