Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKPS, PERNAMA Network Sdn.Bhd dan Taqa Resources Sdn.Bhd pada 25 Ogos 2022 lalu di Dewan Orkis PKPS. Diharapkan usahasama ini dapat dimanfaatkan dalam perancangan strategik terutamanya bagi memperluaskan pembangunan perniagaan ketiga-tiga organisasi tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif PKPS, Dr Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi ketika memberi ucapan aluan berkata, beliau sangat gembira kerana kerjasama tersebut menjadi satu penghormatan tertinggi buat PKPS dan Negeri Selangor secara amnya kerana diberi peluang menjalin usahasama bersama Pernama Network serta Taqa Resources Sdn.Bhd.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim, Pengerusi PERNAMA Network Sdn.Bhd Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr Abdul Aziz Zainal (B) dan Pengerusi Taqa Resources Tan Sri Musa Hassan. Dan turut juga hadir Pengurus Besar Sektor Khidmat Pengurusan/Sekretariat PKPS Puan Noraini Mohamad Ramlan dan Pengurus Besar Sektor Pengeluaran Komoditi & Makanan PKPS.

en_GBEN
Verified by MonsterInsights