PKPS AND PETRONAS COLLABORATE ON SUSTAINABILITY AND ENVIRONMENTAL CONSERVATION ISSUES IN SELANGOR STATE

Pada 3 Oktober 2022 lalu, secara rasminya Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) bagi kerjasama projek-projek dan inisiatif berkaitan kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar di Negeri Selangor telah ditandatangani.

Menerusi kata sepakat tersebut, beberapa elemen bakal diteliti antaranya berkaitan agroperhutanan, Penanaman Semula Hutan, Pertanian Bandar, Bandar Pintar dan Voluntary Carbon Market.

MoU tersebut dimeterai dalam satu majlis ringkas di Menara 1 KLCC dengan PKPS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKPS, Dr Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi dan Pengurus Besar Sektor Khidmat Pengurusan/Sekretariat PKPS, Puan Noraini Binti Mohd.Ramlan manakala PGTSSB diwakili oleh Puan Annaliz Binti Abu Bakar.

Scroll to Top