Program Subsidi Ayam PKPS Prihatin

Program Ayam Subsidi PKPS Prihatin

Bagi meringankan beban rakyat Selangor khususnya golongan berpendapatan rendah yang sedang mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengadakan program jualan subsidi ayam bermula hari ini secara berperingkat di seluruh negeri.

Buat masa ini, jualan Ayam PKPS Prihatin ini akan diuruskan dengan kerjasama petugas di setiap pusat khidmat dan penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Ayam PKPS Prihatin yang akan dijual dianggarkan seberat 1.2 kg hingga 1.8 kg. Harga ditetapkan oleh PKPS bagi harga ayam 1.2 kg hingga 1.5 kg adalah sebanyak RM5  manakala bagi 1.6 kg – 1.8 kg adalah RM10.

Untuk rekod, berdasarkan semakan di laman web Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang boleh dicapai melalui pautan www.fama.gov.my/harga-pasaran-terkini, harga pasaran bagi ayam proses (standard) ketika ini adalah sebanyak RM7.80 per kg.

Ini bermakna, PKPS memberi subsidi sebanyak RM3 hingga RM5 bagi setiap ekor ayam yang dijual.

Buat permulaan, PKPS dijangka akan menjual sebanyak 50,000 ekor ayam untuk menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dato’ Abdul Ghariff Ramin berkata program ini adalah sebahagian daripada inisiatif CSR dibawah panji PKPS Prihatin yang bertujuan untuk memastikan seluruh rakyat negeri Selangor mendapat akses secukupnya kepada barang makanan segar pada harga yang berpatutan.

“Sebagai tunjang yang akan menggerakkan inisiatif jaminan bekalan makanan negeri, PKPS giat melaksanakan program seumpama ini agar rakyat Selangor mendapat manfaat daripada hasil keluaran PKPS sendiri di mana kita mempunyai ladang ayam ternakan di Kuala Selangor yang mampu mengeluarkan sebanyak 550,000 ekor ayam pada setiap pusingan,” katanya.

Menurutnya lagi PKPS juga sedang menggerakkan beberapa inisiatif lain seperti program ‘Food Truck’ Selangor Agro Market @ PKPS Prihatin yang menjual barangan segar seperti ikan dan daging serta barang kering seperti tepung, gula, garam, minyak dan sebagainya.

“Semua inisiatif ini susulan daripada Program Keselamatan Makanan yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Shari pada Julai tahun lalu. PKPS beriltizam untuk menjadi peneraju utama sektor pertanian makanan di negeri Selangor,” katanya ketika ditemui pada program jualan di sini.

Jualan Subsidi Ayam PKPS Prihatin ini dijadual akan berterusan sehingga penghujung bulan Ogos 2021.

Sebarang maklumat lanjut mengenai inisiatif CSR PKPS Prihatin akan dikongsikan menerusi laman Instagram PKPS, @mypkps dan laman Facebook rasmi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor – PKPS dari semasa ke semasa.

 

Sebarang Pertanyaan Media

 

Gaddafi Musli                                      – 0136661123 / gaddafi@pkps.gov.my

Reena Zuliana Abdul Rashid           – 0192680466 / reenazuliana@pkps.gov.my

WhatsApp Image 2021-02-03 at 10.28.56 AM

Muat Turun Borang Rakan Niaga Lori PKPS Prihatin

*Pautan borang rakan niaga lori PKPS Prihatin – https://forms.gle/Wj8nhYc9X9FcrAx2A

  1. Lori Selangor Agro Market @ PKPS Prihatin mula diperkenalkan pada 15 Januari lalu bertujuan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan barangan makanan segar ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

  1. Lori berkonsepkan ‘Food Truck’ ini akan bergerak ke lokasi-lokasi terpilih seluruh negeri Selangor pada setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 8 pagi hingga 1 petang.

 

  1. Target pembeli adalah golongan berpendapatan rendah kerana harga jualan barang segar di pasar bergerak ini adalah lebih rendah daripada pasar awam.

 

  1. Justeru kebanyakan lokasi yang akan dikunjung adalah kawasan perumahan kos rendah dan PPR.

 

  1. PKPS dapat menjual dengan harga murah kerana PKPS sendiri ada ladang ayam serta sayur-sayuran manakala barangan lain diambil terus daripada petani dan pengusaha kolam ternakan ikan.

 

  1. Antara produk segar yang dijual adalah ;
    1. Ayam segar potong
    2. Daging
    3. Ikan seperti Siakap, Tenggiri dan Kembong
    4. Sayur-sayuran
    5. Minyak masak
    6. Barangan kering dapur

 

  1. Lori bergerak ini adalah sebahagian daripada inisiatif CSR di bawah PKPS Prihatin di mana beberapa program lain sedang dijalankan dalam memastikan rakyat di Negeri Selangor khususnya dalam kalangan B40 mendapat akses kepada bekalan makanan secukupnya.

 

Imbas QR Kod Untuk Muat Turun Borang

IMG_20201110_122117_144

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKPS KE PEJABAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA SELANGOR

SHAH ALAM, 6 Nov – YBhg. Dato’ Haji Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Abdul Ghariff Bin Ramin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS di Pejabat SPRM Selangor, Seksyen 16 Shah Alam.

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara dua agensi. Di samping itu juga melalui pertemuan ini kedua-dua pihak saling berbincang dan berkongsi pandangan tentang isu-isu berkaitan integriti, isu semasa serta usaha untuk mengurangkan ketirisan dan salah laku rasuah terutamanya isu berhubung perladangan dan isu-isu lain berkaitan PKPS turut dibincangkan dalam pertemuan ini.

mou

MoU PKPS-FAMA, tingkat pengurusan bekalan makanan

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan bekalan makanan dan pemasaran agro makanan di Selangor. Perkara itu kesinambungan daripada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari 30 Oktober lalu.

Sumber: https://selangortv.my/mou-pkps-fama-tingkat-pengurusan-bekalan-makanan/

CMCO2 -November

PERMATA PKPS HOME BASED E-LEARNING

Assalamualaikum everyone.

Besides using Google Classroom (GC) for our asynchronous Teaching and learning, We have now added Telegram and WhatsApp as our e-learning mediums to help students be involved with our new synchronous learning activity.
 
Our new Teaching and Learning (PdP) activities include:
 
1. Daily Audio-assisted Reading Video (GC and Telegram)
 
2. Daily 1 on 1 video call for online Reading (WhatsApp)
(a) Bacalah Anakku
(b) Peter and Jane
(c) Iqra
 
3. Scheduled E-subject videos (GC, YouTube and Telegram)
 
“Learn to Learn”. Take care and be safe everyone🥰
 

Photo Collage of Permata PKPS video call
and online reading

Permata PKPS YouTube E-learning Playlist

Let's work out!
with
Teacher Juraimah

Let's learn about Living and non-living things!
Teacher Asma

Hop alongside our Spring Bunny!
Teacher Amara

Learn the letter "Y" for Yo-Yo
Teacher Khalida

The very impatient cat
by
Teacher Mira

Permata PKPS Annual Graduation and Concert 2019

TV AL HIJRAH 2

HONORABLE VISIT OF PKPS DEPUTY GENERAL MANAGER (AGRIBUSINESS), DR MOHAMAD KHAIRIL BIN MOHAMAD RAZI TO AL HIJRAH TV STATION

Ketua Pegawai Eksekutif, stesen TV Al-Hijrah, En Namanzee Harris menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Agribusiness) PKPS, Tuan Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi di stesen TV Al- Hijrah pada 9 September 2020.

Kunjungan diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Agribusiness) PKPS bersama- sama dengan Pegawai- Pegawai daripada Bahagian Pemasaran PKPS dan Agrotourism, Selangor Fruits Valley.

Dalam pertemuan tersebut, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Agribusiness) telah menyatakan hasrat untuk bersama- sama stesen TV Al-Hijrah sebagai salah satu rangkaian komunikasi yang dapat membantu PKPS mempromosikan aktiviti, program-program dan produk- produk PKPS kepada semua lapisan masyarakat.

Kunjungan hormat ini turut mengeratkan hubungan antara PKPS dengan stesen TV Al- Hijrah dalam membentuk kerjasama di mana PKPS sebagai salah satu agensi sektor pertanian yang boleh diperkenalkan menerusi rancangan berbentuk agama.

Dengan adanya kerjasama ini, ianya dapat membantu pengurusan baru PKPS dalam memantapkan lagi sektor pertanian dan industri asas tani dan pada masa yang sama menyusun strategi dalam melaksanakan dasar Jaminan Bekalan Makanan di Selangor secara amnya.