19 Oktober 2024 ,08:19pm

SHAH ALAM – Nilai integri yang semakin pudar dalam segelintir kakitangan merupakan punca
berlaku rasuah dan salah guna kuasa melibatkan sektor awam di negara ini.

Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor
Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, sikap dak bertanggungjawab dan kurangnya etika kerja
antara penyebab utama berlakunya jenayah tersebut.

“Kebanyakan nilai suapan kes rasuah bukanlah menjadi perkara pokok tetapi apa yang lebih
menjadi persoalan ialah tahap integri semakin pudar.


“Jika kes rasuah terus berlaku di kalangan mereka berterusan, sukarlah masyarakat kita
hendak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya.

“Ini pentingnya integriti yang perlu dipertingkatkan melalui pendidikan dan latihan
berterusan. Pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang
terlibat dalam amalan rasuah
bagi memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi
kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum ini, bekas kakitangan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Daerah Tawau dihadapkan ke
Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Tawau, Sabah atas empat pertuduhan menerima suapan
keseluruhan berjumlah RM16,000 tiga tahun lalu
.

Abdul Manan Usman, 60, yang juga pesara kerajaan itu bagaimanapun mengaku tidak
bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim
Jason Juga.


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Operasi
N11, di Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Tawau didakwa menerima wang tunai RM5,000
daripada Ramli Bunchoi, 66, tanpa balasan
.

“Undang-undang berkaitan rasuah perlu diteliti semula kerajaan supaya dapat mewujudkan
stigma bahawa rasuah adalah jenayah yang cukup berat dan jijik.


“Undang-undang sedia ada tidak benar-benar memberi ketakutan kepada masyarakat
hinggakan mereka yang didakwa atas kesalahan itu juga langsung tidak menunjukkan rasa
malu ketika dihadapkan ke mahkamah
,” katanya.

Sumber : sinarharian

ms_MYMY
Verified by MonsterInsights