Alarm berbunyi, tapi kepala anda terasa berat. Mata masih mahu terpejam,
badan leguh, dan sakit leher yang entah dari mana muncul kembali. Anda
cuba bangkit, ingatkan mandi atau kopi panas boleh membantu – namun
tidak. Rasa sesak nafas mula datang, dada terasa sempit, dan badan seolah
olah memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tak kena. Tapi bila jumpa
doktor, katanya anda sihat.

Di pejabat, orang lihat anda sering MC dan mula berbisik – adakah anda
”buat-buat” atau ”malas”? Tapi hakikatnya, inilah tanda-tanda Somatic
Disoder – satu masalah di mana emosi dan tekanan yang terbuku dalam
hati, berubah menjadi gejala fizikal yang tak nampak puncanya
.

Adakah anda alami perkara yang sama ?

  • Sakit yang tidak berkesudahan walaupun doctor kata anda sihat
  • Rasa lesu yang berlanjutan, susah nak focus kerja
  • Gejala yang datang berulang tanpa sebab yang jelas, lebih dari 6
    bulan

Mungkin badan kita yang cuba bercakap tentang perasaan yang tak
terungkap.

Jangan cepat menilai mereka yang sering rasa “ tak sihat”. Kadangkala,
kesakitan ini lebih daripada sekadar fizikal – ia adalah jeritan emosi yang
memerlukan perhatian .


Sayangi diri, luahkan bila perlu. Kesihatan mental itu tidak ternilai.

Sumber : Awani
Public Health Malaysia

ms_MYMY
Verified by MonsterInsights