Sekitar Majlis Perasmian Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Usahawan Tani (INTAN) @ PJ City Food Valley di Rumah Pangsa Pelangi Damansara iaitu melaksana Projek Agro Bandar di Skim-skim Perumahan Kos Rendah di Petaling Jaya pada 21 Mac 2023 lalu.

Program kerjasama strategik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kementerian Ekonomi dan PKPS ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 240 orang peserta dalam kalangan penduduk perumahan kos rendah dengan tambahan pendapatan sebanyak RM 2,000 sebulan.

Turut hadir YB Menteri Ekonomi Malaysia, Tuan Rafizi Bin Ramli dan YAB Dato Menteri Besar Selangor, Dato Seri Amirudin Bin Shari.

en_GBEN
Verified by MonsterInsights