i.         Konsep sebuah keluarga :

  • Mempunyai berintegriti yang mempunyai peranan yang harus dilaksanakan mengikut peranan ayah , ibu mahupun anak
  • Integriti keluarga bermaksud  pembinaan sebuah keluarga bahagia , utuh dan penyayang berlandaskan nilai-nilai murni 

ii.        Ciri-ciri Intergriti Keluarga :

  • Hubungan erat
  • Penyayang
  • Amanah
  • Bertanggungjawab
  • Kuat pegangan agama
  • Saling menghormati

iii.       Contoh Integriti Keluarga:

  • Menjadikan pegangan agama sebagai asas yang kukuh dalam pembinaan keluarga
  • Menjaga kerahsiaan keluarga
  • Melaksanakan tugas dan tanggung jawab suami, isteri dan anak-anak
  • Memupuk perasaan kasih sayang dan hubungan baik dalam keluarga
  • Mendidik untuk anak-anak menyayangi dan menghormati orang tua
  • Menghentikan pertelingkahan antara anggota keluarga secara adil

iv.       Cara Memupuk Integriti Keluarga :

  • Memberikan penghargaan kepada anggota keluarga secara adil
  • Memberikan layanan yang adil terhadap anggota keluarga
  • Menyayangi dan menghormati anggota keluarga
  • Menguasai dan mempunyai kemahiran keibubapaan yang baik

v.        Implikasi Perbuatan Tidak Berintegriti Terhadap Anggota Keluarga :

  • Kerosakan akhlak dalam kalangan anggota keluarga
  • Meruntuhkan institusi kekeluargaan
  • Rumah tangga porak peranda
  • Ahli keluarga terlibat dalam gejala sosial
  • Diskriminasi dalam keluarga

vi.       Amalan Integriti Dalam Keluarga:

  • Saling menyayangi sesama anggota keluarga
  • Mendidik anggota keluarga dengan ajaran agama dan kepercayaan
  • Menunjukan perlakuan mulia supaya menjadi contoh kepada anggota keluarga
  • Memastikan penglibatan warga tua dalam keluarga dalam setiap aktiviti keluarga
en_GBEN
Verified by MonsterInsights