Setiap tempat kerja pastinya akan mempunyai masalah tersendiri. Semakin ramai pekerja semakin banyak masalah yang akan timbul. Setiap masalah yang berbangkit perlu diatasi dengan segera agar tidak menjadi semakin serius dan menyebabkan timbulnya isu lain. Ketahui tentang masalah etika di tempat kerja seperti berikut:

1. Selalu tidak datang kerja

Tidak datang kerja tanpa sebab yang kukuh atau tidak datang kerja tanpa memberitahu Ketua Unit/Bahagian, Unit Integriti atau Bahagian Sumber Manusia adalah di antara masalah di tempat kerja yang serius. JIka dibiarkan tanpa sebarang tindakan, pekerja bermasalah tersebut akan semakin naik lemak dan menjadi semakin berani untuk melakukannya. Bagi mengatasi masalah ini, sentiasa pantau rekod kedatangan pekerja. Keluarkan surat peringatan/teguran apabila perlu.

2. Kerap MC

Selain tidak datang kerja, ada juga pekerja yang selalu MC. Sekejap-sekejap MC. Untuk mengatasi masalah kaki MC, klinik yang selalu mengeluarkan MC kepada pekerja tersebut boleh dihubungi dan minta doktor mengeluarkan surat untuk menunjukkan sakit yang dialami pekerja tersebut sehingga kerap diberikan MC. Dengan cara ini, doktor klinik tersebut akan mula berkira-kira apabila pekerja tadi meminta MC.

3. Selalu datang lewat

Masalah di pejabat yang selalu berlaku ialah selalu datang lewat. Ada sahaja alasan yang akan diberikan seperti kesesakan lalu lintas, kenderaan rosak, hari hujan, jalan ditutup, dan sebagainya. Sedangkan pekerja lain mampu datang tepat pada masanya. Untuk mengatasi masalah pekerja yang kurang berdisiplin seperti ini, apa yang boleh dilakukan ialah menasihati pekerja untuk merancang jadual. Sekiranya masih tiada perubahan, surat amaran akan dikeluarkan dan seterusnya tindakan tegas akan diambil.

4. Pakaian yang tidak mengikut etika

Jika ada pekerja yang datang ke pejabat dengan pakaian yang tidak sesuai seperti seksi dan menjolok mata, tidak kemas, atau selekeh, pekerja tersebut perlu mengingatkan semula tentang etika berpakaian. Pemakaian di tempat kerja bukanlah satu perkara yang remeh kerana ia mencerminkan jabatan. Pakaian pekerja juga melambangkan tahap profesionalisma jabatan. Pekeliling daripada Bahagian Sumber Manusia yang telah dikeluarkan pada 11 Oktober 2022 (No. rujukan : PKPS 100-1/3/1 Jld. 3 (18)) boleh dijadikan panduan etika berpakaian bagi pegawai dan kakitangan PKPS.

Berikut adalah beberapa contoh pemakaian yang tidak mengikut etika:

5. Suka curi tulang dan melakukan kerja lain sepanjang waktu pejabat

Pekerja yang suka curi tulang dan melakukan kerja lain sepanjang waktu pejabat juga adalah masalah yang kerap dihadapi di tempat kerja. Di antara curi tulang yang selalu berlaku ialah:

Justeru itu, masalah etika di tempat kerja ini wajar diberi perhatian dan diselesaikan dengan segera bagi memastikan ianya tidak memberikan impak negatif kepada masyarakat, pekerja-pekerja yang lain, mutu kualiti kerja dan output syarikat.

en_GBEN
Verified by MonsterInsights