Enam (6) fungsi teras adalah seperti berikut:
1) Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
2) Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
3) Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
4) Pengesanan dan Pengesahan
Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab.
5) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan keatas semua aduan atau maklumatmengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
6) Tatatertib
Melaksanakan fungsi keurusetiaan Lembaga Tatatertib.