Projek tanaman Bawang Rose Ehsan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berjaya mengeluarkan hasil bawang merah kecil sebanyak 28 tan pada fasa pertama tuaiannya yang membabitkan tanah seluas 3.2 hektar.
Bawang yang dituai ini akan dipasarkan dibawah kendalian PKPS, termasuk Pasar Raya Ehsan Mart, lokasi Jualan Ehsan Rahmah, Oulet Ehsan Segi Fresh dan Pasar Borong Selangor.
Turut hadir ke Majlis Tuaian Pertama Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan ialah Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor YB Izham Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Ybhg Dato’ Nor Sam Binti Alwi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS YBhg.Datuk Wira Gs.Dr. Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi, Pengarah Pertanian Negeri Selangor Tuan Haji Azahar Bin Ibrahim dan beberapa tetamu jemputan lain.