IMG_20201110_122117_144

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN PKPS KE PEJABAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA SELANGOR

SHAH ALAM, 6 Nov – YBhg. Dato’ Haji Alias Bin Salim, Pengarah SPRM Negeri Selangor berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Abdul Ghariff Bin Ramin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS di Pejabat SPRM Selangor, Seksyen 16 Shah Alam.

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan baik antara dua agensi. Di samping itu juga melalui pertemuan ini kedua-dua pihak saling berbincang dan berkongsi pandangan tentang isu-isu berkaitan integriti, isu semasa serta usaha untuk mengurangkan ketirisan dan salah laku rasuah terutamanya isu berhubung perladangan dan isu-isu lain berkaitan PKPS turut dibincangkan dalam pertemuan ini.

TV AL HIJRAH 2

HONORABLE VISIT OF PKPS DEPUTY GENERAL MANAGER (AGRIBUSINESS), DR MOHAMAD KHAIRIL BIN MOHAMAD RAZI TO AL HIJRAH TV STATION

Ketua Pegawai Eksekutif, stesen TV Al-Hijrah, En Namanzee Harris menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Agribusiness) PKPS, Tuan Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi di stesen TV Al- Hijrah pada 9 September 2020.

Kunjungan diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Agribusiness) PKPS bersama- sama dengan Pegawai- Pegawai daripada Bahagian Pemasaran PKPS dan Agrotourism, Selangor Fruits Valley.

Dalam pertemuan tersebut, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan (Agribusiness) telah menyatakan hasrat untuk bersama- sama stesen TV Al-Hijrah sebagai salah satu rangkaian komunikasi yang dapat membantu PKPS mempromosikan aktiviti, program-program dan produk- produk PKPS kepada semua lapisan masyarakat.

Kunjungan hormat ini turut mengeratkan hubungan antara PKPS dengan stesen TV Al- Hijrah dalam membentuk kerjasama di mana PKPS sebagai salah satu agensi sektor pertanian yang boleh diperkenalkan menerusi rancangan berbentuk agama.

Dengan adanya kerjasama ini, ianya dapat membantu pengurusan baru PKPS dalam memantapkan lagi sektor pertanian dan industri asas tani dan pada masa yang sama menyusun strategi dalam melaksanakan dasar Jaminan Bekalan Makanan di Selangor secara amnya.

SG TENGI 1

INTEGRITY BRIEFING AND ANTI-CORRUPTION MANAGEMENT SYSTEM (SPAR) AT PKPS SUNGAI TENGI FARM

Ladang PKPS Sg. Tengi Selatan, 14 September 2020 – Satu sesi Taklimat Integriti dan SPAR telah diadakan kepada pegawai dan kakitangan Ladang PKPS Sungai Tengi, Ladang Tanjung 12, Ladang Kerling dan Projek Ayam Ladang Ulu Tinggi. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan ilmu berkaitan integriti serta kefahaman akan pelaksanaan sebuah system kawalan dalaman iaitu Anti-Bribery Management System (ABMS: ISO 37001/2016) yang akan dilaksanakan dalam PKPS.

PENYERAHAN (5)

PKPS GROUP GENERAL MANAGER TASKS SUBMISSION CEREMONY

Majlis penyerahan tugas Pengurus Besar Kumpulan PKPS di antara YBhg. Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed kepada YBhg. Dato’ Abdul Ghariff Bin Ramin telah diadakan pada 1 September 2020 di Bilik Orkid 2, Dewan Orkid.

Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed yang tamat perkhidmatannya di PKPS pada 31 Ogos 2020 yang lalu meyerahkan tugasnya kepada Pengurus Besar Kumpulan PKPS yang baru iaitu Dato’ Abdul Ghariff Bin Ramin. Majlis penyerahan ini telah disaksikan oleh Dr. Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi, Timbalan Pengurus Besar Kumpulan PKPS dan semua ketua unit dari ibu pejabat, Perladangan dan Projek PKPS.

Pada kesempatan ini, seluruh warga PKPS mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada Pengurus Besar Kumpulan PKPS yang baru, Dato’ Abdul Ghariff Bin Ramin dan selamat menjalankan tugas diucapkan.

Akhir sekali, salam perpisahan diucapkan kepada Mantan Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed, selamat maju jaya dan selamat bertugas di jabatan baru. Segala jasa dan bakti yang telah disumbangkan oleh beliau selama berkhidmat di PKPS amatlah dihargai.

persaraan (1)

RETIREMENT OF GROUP GENERAL MANAGER AND DEPUTY GROUP GENERAL MANAGER

Pada 28 Ogos 2020, telah diadakan Majlis Persaraan Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed dan Timbalan Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Tuan Haji Mohamad Fadzil Bin Hitam. Majlis bertempat di Dewan Orkid, Wisma PKPS. Majlis ini dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PKPS dari ibu pejabat, perladangan dan projek PKPS dan tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Zamani Bin Ahmad Mansor.

Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed telah berkhidmat di PKPS selama 6 tahun dan tamat perkhidmatannya pada 31 Ogos 2020 manakala Tuan Haji Mohamad Fadzil Bin Hitam telah berkhidmat selama 4 tahun dan bersara pada 12 April 2020. Banyak jasa dan bakti telah ditaburkan sepanjang tempoh perkhidmatan di PKPS.

Majlis dimeriahkan dengan tayangan video persaraan Tuan Haji Tamby Omar bin Mohammed dan Tuan Haji Mohamad Fadzil bin Hitam dan seterusnya persembahan nyanyian oleh guru-guru dari Tadika Permata, PKPS dan disambut gembira hadirin-hadirat yang hadir.

 

Pohon mempelam lebat berbuah,

Gugur sebiji di tepi tangga,

Kita bertemu akhirnya berpisah,

Dengan izin Allah, berjumpa lagi.

pestadurian (3)

VISIT TO SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV) AND DURIAN FEAST

Pada 19 Ogos 2020 telah diadakan Lawatan dan Pesta Makan Durian di Selangor Fruit Valley. Majlis ini dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan ibu pejabat PKPS. Majlis dimulakan dengan kata pembukaan oleh pengerusi majlis dan diikuti dengan ucapan oleh YBhg. Tuan Haji Tamby Omar bin Mohammed.

Para tetamu dijemput untuk makan tengahari serta buah-buahan yang disediakan termasuk buah durian. Kemeriahan majlis disambung dengan sambutan hari jadi kakitangan ibu pejabat PKPS yang lahir pada bulan April, Mei, Jun, Julai dan, Ogos 2020. Video sambutan hari jadi untuk semua kakitangan yang diraikan turut ditayangkan.

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek hari jadi dan sesi bergambar bagi yang diraikan bersama Tuan Haji Tamby Omar bin Mohammed dan Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi. Program diakhiri dengan lawatan ke seluruh kawasan Selangor Fruits Valley dengan menaiki tram yang disediakan.