Cuti Hari Pekerja  bagi tahun 2024 pada tahun ini jatuh pada hari Rabu, bersamaan 1 Mei 2024. Ianya merupakan hari kelepasan bagi semua negeri di Malaysia. Menariknya, cuti Hari Buruh pada tahun ini pada ketika masih lagi dalam bulan Syawal. Ini bererti, masih ada peluang lagi untuk kita pergi berhari raya atau pulang ke kampung halaman lebih lama kan ?.

Namun tahukah anda, cuti Hari Buruh ini termasuk dalam 5 hari kelepasan am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a)&(b) Akta Kerja 1955.  Namun,  jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh, majikan untuk bekerja, bayaran tambahan perlu dibayar ( Rujuk Seksyen 60D (3) Akta Kerja 1955 ).

Adakah anda dapat bercuti ?. Kalau anda bekerja dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan jalan lupa claim OT  ye.

Hak-Hak Utama Pekerja di Bawah Akta Kerja 1955

Seorang pekerja yang ditakrifkan sebagai pekerja, dibawah seksyen 2 berhak untuk mendapat kemudahan minimum seperti berikut :

Hari Kelepasan Am Bergaji ( Seksyen 60D(1)(a)&(b) Akta Kerja 1955 )

Minimum 11 Hari Kelepasan Am setahun, (Lima (5) hari wajib, Enam (6) hari pilihan majikan) seperti berikut :

Lima ( 5 ) Hari WajibEnam ( 6 ) Hari Pilihan Majikan
1.   Hari Keputeraan DYMM YDP Agong
2.   Hari Keputeraan DYMM Sultan / Wilayah Persekutuan
3.   Hari Pekerja
4.   Hari Kebangsaan
5.   Hari Malaysia
Mana-mana hari yang diwartakan sebagai hari kelepasan am dibawah Seksyen 8 Akta Cuti / Kelepasan Am 1951

Bagi pekerja yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan cuti dan akta yang ditetapkan boleh merujuk kepada Akta Kerja 1955 ( Pindaan ) 2022.

Ketahui Asal Usul Cuti Hari Pekerja atau Hari Buruh

Asal usul Hari Pekerja atau Hari Buruh ini mungkin kurang diambil perhatian, namun ianya diraikan seperti juga di negara-negara lain di seluruh dunia untuk memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja.

Ketika Revolusi Industri berkembang di barat, buruh telah dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah di sesetengah tempat , terdapat buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari tanpa cuti. Perkara ini semakin serius, apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ianya menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.

Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian. Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day ( Sambutan Hari Mei ) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh.

Apa pun , tidak kira majikan atau pekerja, Hari Pekerja yang juga merupakan cuti antarabangsa itu perlu diraikan dalam suasana kebersamaan. Masing-masing perlu memainkan peranan. Majikan disaran untuk terus mewujudkan suasana kerja yang kondusif, berintegriti, bertolak ansur, adil, tiada unsur pilih kasih, menjaga kebajikan, tidak terlalu berkira, sediakan latihan atau keperluan yang secukupnya dan sekali-sekala berilah penghargaan kepada ’anak buah’ .

Pekerja juga wajib ada momentum yang sama. Tingkatkan produktiviti, jangan malas, jangan ponteng kerja, jangan asyik beri alasan itu ini atau merungut tak tentu fasal . Jika kedua-dua pihak bersatu dalam memberi yang terbaik dan mengelak perselisihan, nescaya operasi organisasi akan berjalan dengan lancar, menguntungkan, harmoni dan menggembirakan .

Justeru , jadikanlah Hari Pekerja sebagai platform untuk meningkatkan solidariti dan sinergi di antara majikan dan pekerja.

Unit Audit Dalam dan Integriti PKPS

en_GBEN
Verified by MonsterInsights