Satu lagi sejarah tercipta buat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) apabila termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Kuala Lumpur, 3 November lalu.

Kerjasama rentas negeri ini memberi tumpuan kepada pembangunan projek jagung bijian, jelapang padi, perkongsian kepakaran dan teknologi pertanian serta pembangunan agropelancongan.

Majlis MoU ini turut diserikan dengan keberangkatan bercemar duli Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahamad Shah.

Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddinn Al-Mustafa Billa Shah.

Hadir sama ialah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari dan YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Semoga kerjasama ini menjadi pemankin kepada pembangunan sektor agromakanan yang lebih mampan, sekali gus memperkukuh sekuriti makanan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

#PKPS #PKPP #SekuritiMakanan #AgroMakanan

Dasar Polisi | Dasar Privasi | Site Map | MyHRMIS Mobile | Tenderwizard | Artikel Integriti | Borang Biro Kebajikan | Borang Penyewaan,Pajakan dan Hartanah | Aktiviti Kumpulan PKPS | Hubungi Kami | e-Aduan | Mengenai PKPS | Hebahan | Naziran | Pengurusan Tertinggi |
ms_MYMY