Pada 21 April lalu telah berlangsung Majlis Pertukaran Memorandum Kerjasama antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi pelaksanaan Projek Ehsan Perwira.

Pertukaran dokumen ini telah disempurnakan oleh Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia dan Datuk Wira Dr Mohamad Khairil bin Mohamad Razi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS dengan disaksikan oleh Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, YB Menteri Pertahanan bersama YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato Menteri Besar Selangor.

Kerjasama strategik ini memfokuskan kepada pemerkasaan warga veteran ATM menerusi tanaman cili fertigasi.

MINDEF #KitaSelangor #KamiPKPS #EhsanPerwira #SekuritiMakanan

Info Korporat | Dasar Privasi | Site Map | MyHRMIS Mobile | Tenderwizard | Artikel Integriti | Borang Biro Kebajikan |
ms_MYMY