Isu atau masalah kesihatan mental serta tekanan emosi antara isu kesihatan awam yang
menjadi semakin penting terutamanya selepas pandemik COVID-19. Hal ini dibuktikan apabila
masalah kesihatan mental menunjukkan trend peningkatan dengan statistik individu yang
mendapatkan sokongan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial
(MHPSS) iaitu inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat lima (5) kali ganda bagi tahun 2022
berbanding tahun 2020
(Sumber: Berita Harian, Oktober 10, 2022).

Di samping itu, Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015
mendedahkan satu per tiga rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas berdepan masalah
mental. Pada tahun 2019 pula, KKM telah merekodkan sebanyak 2.3% orang dewasa dan
9.5% kanak-kanak berusia 10-15 tahun mengalami masalah mental dan KKM mengunjurkan
peratusan tersebut dijangka akan terus meningkat.

Permasalahan kesihatan mental di Malaysia turut dikaitkan dengan tingkah laku bunuh diri di
mana terdapat 1,142 kes dilaporkan pada tahun 2021 dan 631 kes dilaporkan pada tahun

Jumlah kes bagi tahun 2021 menunjukkan peningkatan ketara iaitu sebanyak 81
peratus berbanding tahun 2020 (Sumber: Berita Harian, Oktober 10, 2022). Tingkah laku
bunuh diri menunjukkan kadar membimbangkan
dan kita belum pasti perangkaan bagi tahun

Lebih dari itu, masalah kesihatan mental kini turut menular kepada golongan kanak-kanak.
Seorang daripada 20 orang kanak-kanak berusia 5 hingga 9 tahun di Malaysia kini mengalami
gangguan mental. Kini KKM telah merekodkan 424,000 kanak-kanak di Malaysia disahkan
mengalami masalah mental. UNICEF turut merekodkan 12.3 % remaja 10-17 tahun yang
mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Klang mengalami masalah kesihatan
mental dan cenderung untuk membunuh diri (Sumber: Harian Metro, Mac, 18, 2023). Pada 18
Jun 2022, Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres menyatakan hampir 1 billion penduduk
dunia mengalami masalah mental
.

Natijahnya, isu kesihatan mental menjadi antara punca utama yang menjejaskan
kesejahteraan fizikal dan sosial seseorang individu. Bukan itu sahaja, isu kesihatan mental
dan tekanan emosi dalam kalangan rakyat perlu dipandang serius
berikutan ia memberi
pelbagai kesan buruk kepada negara. Isu kesihatan mental yang kini melibatkan pelbagai
lapisan masyarakat merangkumi semua domain iaitu biological, psikologikal, sosial dan
spiritual.

Isu ini tidak boleh dipandang enteng dan usaha untuk mengesan, mencegah dan bertindak
balas perlu dilaksanakan secara serius. Daripada 9 teras Dasar Keselamatan Negara 2021
2025, isu kesihatan mental ini merujuk kepada Teras yang ke-8 iaitu Keselamatan Rakyat dan
salah satu daripada 153 item dalam Matriks Keselamatan Negara adalah Pengukuhan
Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat.

Sumber : mkn.gov.my

ms_MYMY
Verified by MonsterInsights