LAWATAN Y.B. IR IZHAM BIN HASHIM KE SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)

LAWATAN Y.B. IR IZHAM BIN HASHIM KE SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)

August 25, 2020 Off By Nabilah Nor Azizi

Pada 11 Ogos 2020, Y.B. Tuan Ir Izham Bin Hashim, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengadakan lawatan ke Selangor Fruit Valley (SFV). Ketibaan Y.B. Ir Izham disambut dengan meriah oleh Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed. Sebelum lawatan dimulakan, delegasi diberikan sedikit penerangan dan taklimat tentang Selangor Fruit Valley (SFV) yang disampaikan oleh beliau. Sejurus selepas itu, Y.B. Ir Izham menyampaikan sedikit ucapan.

Dalam ucapan, beliau menyatakan terdapat perkembangan ketara yang positif di Selangor Fruit Valley (SFV). Kini Selangor Fruit Valley (SFV) memfokuskan kepada ‘Food Security’, PKPS kini lebih bersedia menghadapi cabarannya.

Selesai taklimat dan ucapan, program dimulakan dengan lawatan ke ‘Kelulut Farm’, My Iqra’. Y.B. Ir Izham diberi penerangan tentang jenis madu dan didedahkan dengan manfaat-manfaat yang dapat diperolehi. Beliau turut melihat bagaimana madu kelulut dihasilkan di kawasan pokok Akasia. Selain itu, beliau dan para tetamu juga berpeluang untuk merasa sendiri madu-madu asli yang terdapat di situ.

Setelah selesai di Kelulut Farm, program diteruskan dengan lawatan ke Rumah Kampung. Y.B. Ir Izham melihat keadaan serta suasana di Rumah Kampung yang sangat aman dan harmoni. Seterusnya, beliau turut berpeluang merasai pelbagai jenis buah segar seperti durian, nangka, rambutan dan sebagainya. Di samping itu, terdapat juga buah kelapa pandan yang segar untuk membasahkan tekak yang kering.

Akhir sekali, Y.B. Ir Izham dan para tetamu dibawa ke Agro-Tech Park untuk melihat tanaman anggur. Tanaman anggur yang telah diusahakan untuk beberapa bulan sudah mula nampak hasilnya yang cukup memberangsangkan.