Pasar Borong Selangor adalah antara perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memajukan dan memodenkan sektor pertanian negeri Selangor. Objektif penubuhannya adalah untuk mewujudkan pusat pemasaran borong setempat bagi hasil-hasil pertanian. Ia juga membuka peluang yang baik kepada golongan usahawan tani untuk menceburi bidang pemborongan hasil pertanian, yang sekaligus akan meminimakan dominasi orang tengah. Kompleks Pasar Borong Selangor dibangunkan di kawasan persekitaran yang sedang pesat berkembang di Anjung Selatan Negeri Selangor.
Ia dikelilingi dengan kawasan berkepadatan tinggi, iaitu pelbagai fasa perumahan dan juga ‘hypermarket’ LOTUS’S dan GIANT serta Pusat Membeli Belah AEON/JUSCO. Dengan kepesatan pembangunan di kawasan sekitar, Pasar Borong Selangor tetap menjadi tarikan bukan sahaja peduduk sekitarnya, tetapi di luar kawasan Seri Kembangan, seperti Bangi, Cyberjaya, Nilai dan Puchong.Aktiviti Pasar Borong Selangor ini dibuka dan mula beroperasi pada 16 Mei 2001.
Pembangunan pesat kawasan sekitarnya tidak sedikit menjejas aktviti perniagaan. Ini kerana ia beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu, menyediakan bekalan bahan mentah yang segar dan ‘one stop centre’ kepada semua jenis bekalan makanan.
Pasar Borong menawarkan 310 lot berniaga buah-buahan, ikan sayur, ayam, daging dan bahan kering yang berkeluasan 15’x15’ kepada usahawan dan peniaga-peniaga kecil dengan kadar sewa antara RM900 hingga RM 1200 sebulan.
Harapan tinggi PKPS agar dengan kewujudan Pasar Borong Selangor ini akan meningkatkan hasil para peladang, penternak dan nelayan mahupun pemborong hasil pertanian di negeri Selangor.
LOKASI :
KOMPLEKS PASAR BORONG SELANGOR Lot 49053, Jalan Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
No. Telefon : 03-89590611 ATAU 03-89595587
No. Faks : 03-89591143