1

Majlis Pecah Tanah Kompleks Lembu Tenusu PKPS “Ehsan Dairy Farm” di Ladang PKPS Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor telah berlansung dengan jayanya pada 10 Ogos lalu.

Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, diiringi bersama YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Ir Izham Hashim, EXCO Pertanian dan Infrastruktur Selangor dan YBhg. Datuk Wira Ts. Gs. Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS.

Projek ini adalah langkah strategik memperkukuh industri tenusu negeri Selangor, menyokong agenda Jaminan Makanan, serta meningkatkan pengeluaran susu tegar tempatan berkualiti tinggi.

Ia juga bakal membuka peluang pekerjaan dan mengangkat sektor pertanian moden berasaskan teknologi.

Info Korporat | Dasar Privasi | Site Map | MyHRMIS Mobile | Tenderwizard | Artikel Integriti | Borang Biro Kebajikan |
ms_MYMY