SELANGOR FRUIT VALLEY

MENGENAI SFV

Selangor Fruit Valley atau SFV adalah sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan 646 hektar. Tanaman yang menjadi pilihan adalah seperti buah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan sebagainya. Ladang ini diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi PKPS. Melalui pembangunan SFV ini, ia akan dapat menjadikan kawasan tersebut lebih berdaya maju serta komersil di samping menjana industri pertanian dan asa tani negeri.

LOKASI

KM 7, Jalan Batang Berjuntai, Rawang
45600 Batang Berjuntai, Selangor, Malaysia

Tel: 03-3272 0019

APA YANG MENARIK DI SFV? SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH:

Menarik Di Kuala Selangor - Selangor Fruit Valley

Jom ke sana!

Navigasi menggunakan telefon pintar anda

PERTANYAAN MENGENAI SELANGOR FRUIT VALLEY?

Sila isikan eborang pertanyaan anda

KEMAJUAN SFV TERKINI 06 OGOS 2017


PAVILION

PAVILION adalah sebuah ruang tinjau 3 tingkat. Tingkat paling atas merupakan ruang tinjau utama kepada pengunjung yang dapat memperlihatkan hampir keseluruhan Selangor Fruit Valley. Ia juga dilengkapi dengan sebuah Dewan Seminar yang mampu memuatkan 30 orang pada satu-satu masa.

Manakala di tingkat 2 terdapat sebuah surau dan 2 buah bilik rehat. Begitu juga sebuah Lab Bio-Tech.

Di tingkat bawah akan dibina  ruang niaga.


ECOBRIDGE COURTYARD

ECOBRIDGE COURTYARD adalah sebuah ruang bersantai dalam keindahan tanaman menjalar serta lanskap yang menarik. Disini juga terdapat sebuah ‘Café’ untuk para pengunjung berehat dan pejabat operasi Selangor Fruit Valley.


LAMAN MINI

LAMAN MINI terletak di Pusat Operasi SFV merupakan sebuah laman yang ditanam dengan pelbagai tanaman seperti pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan juga ternakan kelulut.


TAMAN HERBA DAN REMPAH-RATUS

Pelbagai jenis Herba dan Tanaman Rempah-ratus terdapat di sini. Ia ditanam di dalam lanskap yang indah dengan gabungan pelbagai spesis herba dan rempah-ratus.

Sebuah ‘Air Terjun’ buatan sedang dibina di kawasan ini dan dijangka siap dalam masa terdekat.


TAMAN RUSA

TAMAN RUSA adalah perhentian pertama untuk ‘Trem Ride’. Rusa yang terdapat di taman ini adalah dari spesies Rusa Demoransis.


TAMAN ARNAB

TAMAN ARNAB adalah tarikan utama pengunjung terutamanya kanak-kanak ke Selangor Fruit Valley. Di sini juga terdapat taman permainan dan anjung tinjau


TREM RIDE

TREM RIDE adalah kenderaan dalaman untuk ke satu point ke satu point yang lain. Jarak laluan pelancongan dari 3 -4 kilometer adalah satu perjalanan yang menyeronokkan. Para pengunjung dapat melihat dan menikmati suasana ladang yang sebenar. Pastinya ia suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


PLANT SCIENCE TALK


MAKMAL BIOTEK


PROGRAM USAHAWAN TANI


PROGRAM KEMBARA ILMU PENDIDIKAN KHAS DAERAH KLANG 2017


SELANGOR AGROFEST 2017

STADIUM SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM 18-21 MEI 2017


MAJLIS PERASMIAN AGRO-PELANCONGAN SELANGOR FRUIT VALLEY OLEH Y.A.B DATO' SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI, DATO MENTERI BESAR SELANGOR PADA 8 JULAI 2017


WELCOME PARTICIPANTS OF SHAH ALAM INTERNATIONAL ENDURIDE 2017 TO SELANGOR FRUIT VALLEY

6TH AUGUST 2017


 MALAYSIA TOURISM COUNCIL GOLD AWARDS 2017 SELANGOR FRUIT VALLEY TELAH MENERIMA GOLD AWARD AGRO TOURISM EXPERIENCE DI PUTRA WORLD TRADE CENTRE  KUALA LUMPUR

20TH NOVEMBER 2017


Keluasan Kawasan SFV

Bil.KawasanLuas (HA)
Jumlah933
1.Kawasan yang diusahakan sendiri oleh PKPS156
2.Program Pembangunan Usahawan Tani382
3.Tanaman Getah (Bestari Jaya)300
4.Pejabat & Bangunan 24
5. Kolam/Kawasan Tidak Ditanam/Jalan71

Keluasan Tanaman SFV

Bil.TanamanLuas (HA)
***Jumlah Keseluruhan156.38
1.Belimbing20.20
2.Jambu Batu5.85
3.Rambutan3.60
4.Pulasan2.02
5.Kelapa Pandan40.00
6.Tembikai6.47
7.Betik2.50
8.Limau Kasturi/Limau Nipis2.50
9.Mangga2.10
10.Durian3.95
11.Mangga Harum Manis1.21
12.Nangka & Cempedak31.15
13.Manggis2.02
14.Ciku0.5
15.Rempah Ratus1.60
16.Kelapa Mataq18.4
17.Rock Melon0.6
18.Durian Belanda1.61
***Jumlah Sub146.28
19.Tapak Semaian Kelapa Sawit10.10

Daripada jumlah keseluruhan keluasan 169 hektar adalah kawasan yang diusahakan sendiri oleh PKPS melalui Bahagian Perladangan. Manakala 382 hektar adalah dikhususkan untuk Pembangunan Usahawan Tani (Sila rujuk – USAHAWAN) dan selebihnya adalah tapak Pejabat/ Bangunan dan Kolam.