SUMBANGAN PKPS KEPADA PERTUBUHAN PESAKIT PARAH MISKIN MALAYSIA

SUMBANGAN PKPS KEPADA PERTUBUHAN PESAKIT PARAH MISKIN MALAYSIA

September 1, 2015 Off By reena

01hb September 2015 Satu sesi penyerahan cek telah disempurnakan oleh Unit Komunikasi Korporat, PKPS kepada Dato’ Seri Dr. Faisal Abdullah, Setiausaha Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Miskin Malaysia di Pejabat Pertubuhan Pesakit Parah Miskin Malaysia di Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Pertubuhan Membantu Pasakit Parah Miskin Malaysia adalah sebuah Pertubuhan sukarela mencari dana serta memberi alatan secara percuma kepada  golongan yang tidak berkemampuan. Alat-alat perubatan yang disalurkan adalah seperti kerusi roda, kaki palsu, peralatan pam asma dan lain-lain. Pelbagai program telah dijalankan pertubuhan bagi tujuan membeli alat-alat perubatan ini untuk disalurkan kepada hospital-hospital.

Semoga sumbangan ini akan dapat mengurangkan beban mereka yang memerlukan.