SUMBANGAN PKPS DAN KAKITANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

SUMBANGAN PKPS DAN KAKITANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

December 3, 2015 Off By reena

Satu kebakaran telah berlaku di rumah pekerja Ladang PKPS Jagoharmoni, Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan seorang pekerja pada 28hb November 2015. Manakala, pekerja yang lain yang tinggal di blok yang sama tidak dapat menyelamatkan barangan kepunyaan mereka.

Atas keperihatinan PKPS dan kakitangan HQ, telah mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan kewangan dan menyediakan barangan keperluan harian yang diperlukan. Selain itu, kutipan barangan terpakai telah dikumpulkan bagi didermakan kepada mangsa kebakaran.

Semoga dengan inisiatif yang diambil ini akan dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan seharian mereka dengan lebih sempurna