PENYERAHAN SUMBANGAN PKPS KEPADA ENCIK MOHD ZAIDI BIN MD SAAD, PENYELIA LADANG PKPS EDITAS

PENYERAHAN SUMBANGAN PKPS KEPADA ENCIK MOHD ZAIDI BIN MD SAAD, PENYELIA LADANG PKPS EDITAS

August 13, 2015 Off By Wahyunah

Atas keperihatinan PKPS dan kakitangan PKPS sendiri sumbangan telah diserahkan pada 26hb Jun 2015 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang kepada Encik Mohd Zaidi oleh wakil PKPS. Encik Mohd Zaidi telah kehilangan 3 ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 23hb Jun 2014 pada jam 4.15 petang. Kemalangan telah mengorbankan isteri, ibu dan anak saudara. Manakala 2 orang anak yang masih kecil dan adik ipar cedera parah.

Kami di PKPS mendoakan agar roh ahli keluarga Encik Mohd Zaidi yang meninggal dunia dicucuri rahmat Allah swt dan menempatkan mereka dari kalangan mereka yang beriman.

Serta mendoakan keadaan anak-anak dan adik ipar kembali pulih seperti sediakala. Amin.

 

Salam Takziah, Al Fatihah

surat-fatiha-khat1