14 September 2020


Taklimat Integriti & Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) di Ladang PKPS Sungai Tengi

Ladang PKPS Sg. Tengi Selatan – Satu sesi Taklimat Integriti dan SPAR telah diadakan kepada pegawai dan kakitangan Ladang PKPS Sungai Tengi, Ladang Tanjung 12, Ladang Kerling dan Projek Ayam Ladang Ulu Tinggi.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan ilmu berkaitan integriti serta kefahaman akan pelaksanaan sebuah system kawalan dalaman iaitu Anti-Bribery Management System (AMBS: ISO 37001/2016) yang akan dilaksanakan dalam PKPS.


2 September 2020


Taklimat Integriti & Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) di Pasar Borong Selangor

Seri Kembangan – Satu Taklimat Integriti dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pasar Borong Selangor (PBS).

Taklimat ini telah disertai oleh Pengurus dan kakitangan PBS.

En. Ahmad Damya, Pengurus Integriti PKPS telah memberi taklimat berhubung SPAR kepada semua peserta yang terlibat.


17 Ogos 2020


Taklimat Integriti & Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) di Landang PKPS Sungai Panjang

Sungai Panjang – Satu Taklimat Integriti dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) telah dilaksanakan di Ladang PKPS Sungai Panjang.

Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Integriti, PKPS iaitu Encik Ahmad Damya Bin Zakaria dan dihadiri oleh Pengurus dan Kakitangan Ladang Sungai Panjang.


5 Ogos 2020


Taklimat Mengenai Sistem Pengurusan Anti Rasuah (MS ISO 37001:2016 – ABMS) di Selangor Fruit Valley (SFV)

Bestari Jaya – Unit Integriti (UI) sedang membangunkan dan melaksanakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (MS ISO 37001:2016 – ABMS) di Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Justeru, satu sesi taklimat mengenai Sistem Pengurusan Anti-Rasuah PKPS telah diadakan di Ladang Selangor Fruit Valley (SFV).

Taklimat ini dikendalikan oleh konsultan yang telah dilantik iaitu Momentum Training & Consultant dan peserta taklimat terdiri daripada Pengurus dan staf ladang SFV.


24 Jun 2014


Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Anak-Anak Syarikat Kumpulan PKPS

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat oleh Anak-Anak Syarikat Kumpulan PKPS telah diadakan dengan melibatkan empat (4) Anak Syarikat PKPS iaitu:

i. PKPS Management Services Sdn. Bhd.
ii. PKPS Livestock Farm Sdn. Bhd.
iii. PKPS Farm Mart Sdn. Bhd.
iv. POLENS (M) Sdn. Bhd.

Perbadanan juga melancarkan Polisi Tidak Menerima dan Memberi Hadiah Kumpulan PKPS

Majlis ini telah diadakan di Dewan Orkid, Tingkat 4, Wisma PKPS.


9 Apr 2014


Majlis Menandatangani Ikrar Kod Etika PKPS

Bagi memenuhi sepuluh (10) inisiatif Anti-Rasuah, Perbadanan telah mengadakan Majlis Menandatangani Ikrar Kod Etika PKPS. Selain itu, Taklimat pengenalan Polisi “Whistle Blowing”dan Akta Perlindungan Saksiturut diadakan dengan disampaikan oleh pegawai SPRM.

Majlis ini telah diadakan di Dewan Orkid, Tingkat 4, Wisma PKPS.


1 & 2 Okt 2013


Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management)

Perbadanan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Bengkel Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (Corruption Risk Management).

Bengkel ini telah diadakan selama dua (2) hari di Dewan Orkid, Tingkat 4, Wisma PKPS.


12 Jun 2013


Taklimat Pengurusan Integriti

Peserta-peserta yang hadir terdiri daripada pegawai dan kakitangan Perbadanan, penyewa-penyewa bangunan Wisma PKPS dan syarikat-syarikat kontraktor dan pembekal Perbadanan.

Taklimat ini telah diadakan di Dewan Orkid, Tingkat 4, Wisma PKPS.


21 Feb 2013


Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) Oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Majlis ini telah diadakan di Bilik Gerakan, Tingkat 22, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.