NO. ARTIKEL: BIL. 26/2024 | Tenaga Kerja Malaysia Alami Kehilangan Produktiviti yang Tinggi dan Tekanan Berkaitan dengan Kerja

Hasil tinjauan tempat kerja paling sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2018 daripada penyedia insurans hayat dan kesihatan terkemuka, AIA Bhd menunjukkan bahawa ketidakhadiran dan kehadiran tidak produktif terus menjejaskan prestasi sesebuah organisasi.

  • Syarikat-syarikat kehilangan sejumlah 73.1 hari bagi setiap pekerja yang disebabkan oleh ketidakhadiran dan kehadiran tidak produktif, melibatkan kos RM2.27 juta setahun bagi setiap majikan.
  • Isu kesihatan mental semakin meningkat dengan 50.2% pekerja mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan berkaitan dengan kerja.
  • 98% pekerja mempunyai keadaan badan dan mental yang lebih tua dari usia sebenar.

AIA Bhd. hari ini mengumumkan hasil tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2018 (Malaysia’s Healthiest Workplace by AIA Vitality 2018 survey). Penemuan tinjauan menunjukkan bahawa Malaysia terus terjejas dengan kehilangan produktiviti di tempat kerja yang disebabkan oleh ketidakhadiran* dan kehadiran tidak produktif** yang ketara dikalangan tenaga kerja. Keputusan tinjauan juga menunjukkan peningkatan masalah kesihatan mental di tempat kerja dengan 50.2% pekerja melaporkan sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan yang berkaitan dengan kerja.

Sejumlah 117 organisasi yang berbeza saiz dan sektor mengambil bahagian dalam tinjauan tahun ini, dengan gabungan tenaga kerja seramai 11,551 orang. Jumlah ini merupakan dua kali ganda bilangan peserta daripada tinjauan tahun lepas, yang memberikan indikasi bahawa keinginan Korporat Malaysia untuk mengetahui kedudukan mereka serta komitmen mereka dalam menyediakan tempat kerja yang lebih baik untuk menarik dan mengekalkan pekerja mereka. Sejak pelancarannya, keputusan tinjauan telah mengenal pasti punca kehilangan produktiviti yang tinggi serta tingkah laku dan faktor lain seperti kurang tidur, tekanan, pemakanan tidak sihat, kurang bersenam dan kesihatan mental dan kesejahteraan secara keseluruhan.

Kebanyakan tinjauan mendedahkan bahawa kesihatan mental kekal sebagai salah satu isu besar namun tidak dibincangkan di tempat kerja. Lazimnya, kesihatan mental sering diabaikan dan tidak dapat dikesan kerana stigma dan kurang pemahaman. Isu-isu lain seperti tekanan, budaya organisasi, kepimpinan dan pembulian juga boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja, lantaran memberi kesan negatif kepada produktiviti dan prestasi sesebuah organisasi. Hasil tinjauan 2018 mendedahkan bahawa 50.2% pekerja mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi tekanan yang berkaitan dengan kerja, di mana 18.2% disebabkan oleh tekanan kewangan.

Hasil tinjauan Tempat Kerja Paling Sihat Malaysia oleh AIA Vitality 2018 yang lain adalah:

Scroll to Top