Wahyunah

SESI DISKUSI DAN LAWATAN KERJA PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BERSAMA PKPS

SESI DISKUSI DAN LAWATAN KERJA PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) BERSAMA PKPS

Sesi Diskusi dan Lawatan Kerja Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi membincangkan potensi kolaborasi menjayakan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan serta berkenaan isu-isu sekuriti makanan. Delagasi NAFAS diketuai Pengurus Besar, Tn.Haji Abu Sujak Bin Sahuji. InsyaAllah satu usahasama strategik akan dimeterai oleh PKPS dan NAFAS dalam merealisasikan agenda sekuriti makanan negara khususnya di Selangor.

MAJLIS PENYERAHAN BAUCAR PROGRAM SUMBANGAN KORBAN NEGERI SELANGOR TAHUN 1443H/2022

MAJLIS PENYERAHAN BAUCAR PROGRAM SUMBANGAN KORBAN NEGERI SELANGOR TAHUN 1443H/2022

Sekitar Majlis Penyerahan Baucar Program Sumbangan Korban Negeri Selangor Tahun 1443H/2022 yang telah berlangsung pada 19 Jun 2022 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam bersama YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Sebanyak RM5.05 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan negeri dan akan diagihkan kepada masjid, surau dan badan bukan kerajaan […]

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH PKPS 2022

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH PKPS 2022

Pada 16 Jun 2022, telah berlangsungnya Majlis Lafaz Dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah PKPS bagi tahun 2022 di Dewan Orkid PKPS. Lafaz ikrar diketuai sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS, Dr Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi. Hadir sama bagi menyaksikan majlis tersebut, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor, YBhg Tuan Ridzuan Abdul Malik. #IBR2022#PKPS

SIAP SIAGA PKPS MENDEPANI ISU SEKURITI MAKANAN

SIAP SIAGA PKPS MENDEPANI ISU SEKURITI MAKANAN

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Dr Mohamad Khairil Bin Mohamad Razi bersiaran secara langsung dalam segmen Niaga Awani Astro AWANI pada 13 Jun 2022 bertempat di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan bagi membincangkan mengenai siap siaga PKPS dalam mendepani isu sekuriti makanan.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (Mou) ANTARA PKPS DAN GWG

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (Mou) ANTARA PKPS DAN GWG

Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara PKPS dan GWG yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi dan Ketua Pegawai Eksekutif Freen World Genetics, Dr Chua Kim Aik. MoU yang telah termeterai pada 2 Jun 2022 di Selangor Fruit Valley itu juga menyaksikan PKPS mendapat hak eksklusif […]

MAJLIS PELANCARAN BIJI BENIH TANAMAN SELANGOR

MAJLIS PELANCARAN BIJI BENIH TANAMAN SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan melancarkan benih tanaman di Selangor Fruit Valley (SFV) pada 2 jun 2022. Tanaman tersebut meliputi dua jenis melon (rangup dan manis), dua jenis jagung (bijirin dan manis) serta betik yang dihasilkan oleh Syarikat Green World Genetics Sdn.Bhd.  

Scroll to Top