MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SEWAAN TANAH

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SEWAAN TANAH

June 17, 2019 Off By Wahyunah

Selangor Fruit Valley (SFV) merupakan pengeluaran produk Agro Pelancongan dan Buah-buahan yang menjadi kebanggaan di Negeri Selangor. Untuk itu, usaha berterusan untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan perlu dibuat bagi memajukan lagi industri ini ke arah satu tahap yang lebih membanggakan.

Bagi tujuan itu, satu jalinan kerjasama telah diadakan dengan Persatuan Pekebun Buah-buahan Malaysia melalui Majlis Menandatangani Perjanjian Sewaan Tanah bersama Persatuan Pekebun Buah-buahan Malaysia pada 20 Mei 2019 di Selangor Fruit Valley, Rawang. Majlis menandatangani ini telah disaksikan oleh Y.B.Tuan Ng Suee Lim. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Persatuan Pekebun Buah-buahan Malaysia yang diwakili oleh Tuan Hong Jok Hoon dan Tuan Choon Wong Thiam dan Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed mewakili PKPS. Semoga jalinan ini dapat mengeratkan lagi hubungan melalui perkongsian ilmu dalam bidang pertanian dan memajukan lagi indutri pertanian di Negeri Selangor.