{"id":36319,"date":"2023-06-21T00:25:28","date_gmt":"2023-06-20T16:25:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/?p=36319"},"modified":"2023-06-21T00:25:33","modified_gmt":"2023-06-20T16:25:33","slug":"artikel-18-usaha-berterusan-menyeluruh-elak-rasuah-jadi-budaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/artikel-18-usaha-berterusan-menyeluruh-elak-rasuah-jadi-budaya\/","title":{"rendered":"Artikel 18 &#8211; USAHA BERTERUSAN, MENYELURUH ELAK RASUAH JADI BUDAYA"},"content":{"rendered":"<figure class=\"wp-block-image aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.pkps.gov.my\/wp-content\/uploads\/2022\/06\/logo-moto-integriti-pkps-tanpa-kotak.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34260\" width=\"302\" height=\"70\" srcset=\"https:\/\/www.pkps.gov.my\/wp-content\/uploads\/2022\/06\/logo-moto-integriti-pkps-tanpa-kotak.png 603w, https:\/\/www.pkps.gov.my\/wp-content\/uploads\/2022\/06\/logo-moto-integriti-pkps-tanpa-kotak-18x4.png 18w\" sizes=\"auto, (max-width: 302px) 100vw, 302px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasuah dan penyelewengan adalah jenayah mengancam nilai dan aturan masyarakat. Setiap negara<br \/>menggubal undang-undang anti rasuah sebagai antara langkah memerangi jenayah itu. <mark style=\"background-color:#fcb900\" class=\"has-inline-color\">Undang-<br \/>undang anti rasuah ditambah baik dari masa ke semasa bagi memastikan keberkesanan usaha dan<br \/>upaya melawan rasuah.<\/mark> Namun, persoalan sering dibangkitkan, mengapa rasuah masih berleluasa<br \/>biarpun negara memiliki undang-undang tegas menanganinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Membicarakan keberkesanan undang-undang anti rasuah, ada beberapa perkara perlu diberi<br \/>tumpuan. Pertama, sifat jenayah rasuah itu sendiri berbeza dengan jenayah lain. Rasuah lazimnya<br \/>berlaku secara sukarela. Dalam erti kata lain, pemberi dan penerima mendapat keuntungan daripada<br \/>jenayah ini. Kedua-dua pihak saling bersekongkol dan mendapat laba.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lazimnya, jenayah rasuah terbongkar apabila satu pihak tidak berpuas hati. Disebabkan sifat rasuah<br \/>ini, ada kala pihak pendakwaan terpaksa memilih pihak mana lebih wajar didakwa sama ada pemberi<br \/>atau penerima. Jenayah rasuah juga lazimnya dilakukan secara cukup sulit sehingga hanya pihak<br \/>terbabit sahaja mengetahui. Hal ini berbeza dengan jenayah lain, lazimnya ada saksi bebas boleh<br \/>dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh demikian, dalam keadaan tertentu, pendakwaan sukar dibuat kerana bagi kes jenayah, pihak<br \/>pendakwaan perlu membuktikan kes mengatasi keraguan munasabah. Bagaimana pun, <mark style=\"background-color:#fcb900\" class=\"has-inline-color\">kemajuan<br \/>teknologi kini diharapkan dapat diguna pakai bagi memastikan kualiti siasatan dapat ditambah baik.<\/mark><br \/>Penggunaan peralatan canggih dilihat membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia<br \/>(SPRM) mengumpul keterangan mengikut keadaan (circumstantial evidence) dan sokongan tanpa<br \/>bergantung sepenuhnya kepada saksi bersubahat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperkara lagi yang memberi kesan kepada penguatkuasaan undang-undang anti rasuah adalah<br \/>dakwaan campur tangan orang politik atau pemerintah. Pembabitan pihak berkedudukan dalam<br \/>politik atau kerajaan turut memberi impak besar kepada usaha mencegah rasuah. Kedudukan<br \/>dimiliki ada kala membolehkan golongan ini boleh terlepas daripada tindakan undang-undang. Di<br \/>samping itu, undang-undang anti rasuah dahulu lebih berkisar kepada tindak balas selepas jenayah<br \/>rasuah berlaku, bukan mengutamakan pencegahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penekanan kepada pencegahan lazimnya hanya terbatas kepada arahan pentadbiran dalaman,<br \/>seperti kewajipan mengisytihar harta. Bagaimanapun, <mark style=\"background-color:#fcb900\" class=\"has-inline-color\">penggubalan undang-undang anti rasuah<br \/>mula memperkasa unsur pencegahan. Kaedah sering digambarkan sarjana undang-undang jenayah<br \/>adalah sebagai pendekatan pra-jenayah (pre-crime approach). Intervensi awal dirumuskan bagi<br \/>mencegah rasuah. Misalnya, penggubalan Seksyen 17A, Akta SPRM secara tidak langsung<br \/>mewajibkan badan korporat mempunyai tatacara mencukupi bagi mencegah rasuah dalam<br \/>organisasi.<\/mark><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika gagal berbuat demikian, badan korporat boleh dipersalahkan jika kesalahan rasuah berlaku<br \/>dalam organisasi terbabit. Ini selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu<br \/>Memerangi Rasuah (UNCAC) yang diratifikasi Malaysia. Bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa<br \/>usaha membanteras jenayah dalam masyarakat tidak boleh hanya bergantung kepada reformasi<br \/>undang-undang semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam buku &#8216;Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu. Perlunya <mark style=\"background-color:#fcb900\" class=\"has-inline-color\">disegerakan Transformasi<br \/>Moral-Etika&#8217;,<\/mark> Almarhum Prof Kamal Hasan menegaskan reformasi undang-undang berkaitan korupsi<br \/>atau politik wang semata-mata tidak akan menyekat sesetengah pihak menghindari penyakit gila<br \/>kuasa, tamak dan nilai jelik menjadi punca rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya perlu diakui tetapi pahit untuk ditelan, rasuah di negara ini sudah lama berakar dalam<br \/>masyarakat. Bergantung sepenuhnya kepada undang-undang seumpama hanya memangkas dahan<br \/>dan ranting &#8216;pokok rasuah&#8217;, tapi bukan mencabut akarnya. Kelak pokok itu rimbun semula.<br \/>Usaha menyeluruh dan berterusan amat mustahak bagi memastikan rasuah dinyahbudayakan<br \/>(denormalise) dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, jangan sekali-kali dibiarkan rasuah dibiasakan<br \/>atau digambarkan sebagai suatu yang biasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Sumber: Dr Mukhriz Mat Rus, Penulis adalah Pensyarah Kanan (Jenayah &amp; Keganasan)<br \/>Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), 27 Apr 2023,<br \/>Kolumnis@SPRM<\/strong><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rasuah dan penyelewengan adalah jenayah mengancam nilai dan aturan masyarakat. Setiap negaramenggubal undang-undang anti rasuah sebagai antara langkah memerangi jenayah itu. Undang-undang anti rasuah ditambah baik dari masa ke semasa bagi memastikan keberkesanan usaha danupaya melawan rasuah. Namun, persoalan sering dibangkitkan, mengapa rasuah masih berleluasabiarpun negara memiliki undang-undang tegas menanganinya. Membicarakan keberkesanan undang-undang anti rasuah, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":36320,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_seopress_titles_title":"","_seopress_titles_desc":"","_seopress_robots_index":"","_seopress_robots_follow":"","_seopress_robots_imageindex":"","_seopress_robots_snippet":"","_seopress_robots_primary_cat":"","_seopress_robots_breadcrumbs":"","_seopress_robots_freeze_modified_date":"","_seopress_robots_custom_modified_date":"","_seopress_robots_canonical":"","_seopress_social_fb_title":"","_seopress_social_fb_desc":"","_seopress_social_fb_img":"","_seopress_social_fb_img_attachment_id":0,"_seopress_social_fb_img_width":0,"_seopress_social_fb_img_height":0,"_seopress_social_twitter_title":"","_seopress_social_twitter_desc":"","_seopress_social_twitter_img":"","_seopress_social_twitter_img_attachment_id":0,"_seopress_social_twitter_img_width":0,"_seopress_social_twitter_img_height":0,"_seopress_redirections_value":"","_seopress_redirections_enabled":"","_seopress_redirections_enabled_regex":"","_seopress_redirections_logged_status":"","_seopress_redirections_param":"","_seopress_redirections_type":0,"_seopress_analysis_target_kw":"","_monsterinsights_skip_tracking":false,"pgc_sgb_lightbox_settings":"","footnotes":""},"categories":[590],"tags":[],"class_list":["post-36319","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-artikel-palka-integriti"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36319","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36319"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36319\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36321,"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36319\/revisions\/36321"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36320"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36319"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36319"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.pkps.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36319"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}