AGROFEST 2019 – PAMERAN PRUDUK PERTANIAN NEGERI SELANGOR

AGROFEST 2019 – PAMERAN PRUDUK PERTANIAN NEGERI SELANGOR

October 4, 2019 Off By Wahyunah

Bagi yang belum mengunjungi acara Agrofest yang dianjurkan kerajaan Negeri Selangor pasti terlepas peluang keemasan menyaksikan kemeriahnnya. Ini kerana acara ini telah dianjurkan dengan jayanya pada 7 Sept 2019 lalu di Bulatan Bazarena Seksyen 13, Shah Alam. Majlis ini melibatkan semua jabatan berkaitan Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sebagai peneraju sektor pertanian PKPS tidak terkecuali telah menyertainya. Aktiviti yang dilakukan semasa majlis berlangsung adalah bual bicara tentang cara penanaman pokok dengan betul. Acara utamanya ialah tanaman buah-buahan (semua buah) yang diusahakan oleh Selangor Fruit Valley. Selain daripada pameran buah-buahan, PKPS juga mempamerkan ‘Tissue Culture Lab’, Madu Kelulut, Ternakan Lobster & pembenihan Ikan Air Tawar dan Baja kompos diusahakan bersama oleh PKPS. Terima kasih kepada pengunjung yang telah hadir ke booth PKPS.