USAHAWAN TANI

Program Usahawan Tani diwujudkan khusus bagi membantu golongan petani dengan menyewakan plot-plot tanah untuk diusahakan. Ini sekaligus dapat membantu menyelesaikan masalah petani-petani di dalam Negeri Selangor yang ketiadaan ruang (tanah) untuk mengusahakan pelbagai tanaman.

Tanah seluas 385 hektar di sebahagian tanah Ladang Selangor Fruits Valley telah diperuntukkan untuk tujuan membantu golongan usahawan ini.