LATARBELAKANG UNIT INTEGRITI

Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, Penubuhan Unit Integriti di Semua Agensi Awam, Unit Integriti PKPS telah ditubuhkan pada 5 September 2014 di bawah pengurusan Bahagian Sumber Manusia, Latihan dan Integriti.

Penubuhan Unit Integriti ini telah diperakukan oleh Pihak Pengurusan PKPS melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus PKPS Bilangan 3 Tahun 2014. Tujuan penubuhan adalah untuk membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan warga PKPS.

Perbadanan telah melantik Puan Noraini Binti Mohamad Ramlan, Pegawai Tadbir, Gred N48 sebagai Pegawai Integriti PKPS. Pegawai telah mengikuti kursus Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integriti Officer/CeIo) Siri 10 Bilangan 2/2015 di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia mulai 19 April 2015 sehingga 16 Jun 2015. Ini selaras dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009, Siri 1 No. 1 Tahun 2011-Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah.