MENGENAI KAMI

MUKADIMAH

Pada suatu ketika dulu, anak anak dijaga oleh ibubapa sendiri, terutama sekali oleh ibunya.

Pada masa sekarang penglibatan wanita dalam dunia kerjaya semakin meningkat, justeru suasana ini turut juga berubah. Masa untuk kaum ibu untuk menjaga anak-anak mereka juga semakin singkat. Dengan perubahan ini kita dapat menjangka keperluan untuk pusat penjagaan anak semakin meningkat.

Guru dan pembimbing awal kanak – kanak merupakan orang yang menyediakan interaksi secara konstan oleh kerana mereka sentiasa bersama anak-anak ini sepanjang hari.


PROGRAM ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Kajian menunjukkan perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa awal tahun pertama hingga tahun ke enam dalam kehidupan mereka.

Atas dasar ini, Taska dan Tadika Permata PKPS mengguna pakai Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak – kanak PERMATA dan Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang menekankan program pembelajaran yang holistic dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Konsep ini merupakan adaptasi pembelajaran yang menekankan “Learning is fun through play” iaitu pembelajaran melalui eksperimentasi, eksplorasi dan pengalaman.

Kurikulum Taska dan Tadika Permata PKPS disesuaikan mengikut acuan dan keperluan kanak-kanak di Negara ini. Modul pendidikan ini memberi penekanan kepada perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.

Taska dan Tadika Permata PKPS mengamalkan konsep asuhan dan didikan bersepadu merangkumi aspek pemakanan, kesihatan, penglibatan ibubapa dan komuniti.

Ini amat bersesuaian untuk membentuk keperibadian anak yang seimbang, berkeyakinan diri, bijak bergaul dan ini juga adalah penting untuk pembangunan modal insan yang cermelang, sekaligus mengelakkan anak-anak dari terjebak ke dalam kancah gejala social apabila mereka dewasa kelak.


FALSAFAH, FOKUS DAN RASIONAL

Setiap anak adalah individu yang berbeza.

Oleh itu, kami berpegang pada falsafah bahawa:-

  • Setiap anak adalah harta Negara
  • Setiap anak amat berharga
  • Setiap anak adalah modal insan Negara.
  • Pendidikan awal kanak-kanak penting dalam perkembangan intelek, emosi, kognitif dan komunikasi mereka.

Oleh itu melalui falsafah ini kami berusaha untuk mencapai objektif Tadika & Taska PKPS bagi menghasilkan modal insan Negara yang cemerlang, gemilang, terbilang dalam menuju wawasan sebagai Negara maju di masa hadapan.

Dalam usaha merealisasikan objektif ini, kami memfokuskan pada kumpulan sasaran atau segmen tertentu. Kanak –kanak berumur antara 1 hingga 6 tahun. Kanak-kanak ini terdiri anak-anak kakitangan PKPS, agensi kerajaan dan swasta

Ini dikira rasional berdasarkan bukti dari kajian neurosains yang menunjukkan bahawa 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak kanak – kanak.

Hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting kearah pembentukan personalitI mereka yang tenang, aman dan penyayang.

Maka sekiranya rangsangan yang betul diberikan dalam keadaan ceria dan gembira, otak akan berkembang segar.

Memahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak tersangat penting, sebagai asas melahirkan sumber insan berkualiti, Tadika dan Taska Permata PKPS dengan ikhlas merasakan betapa perlunya turut melibatkan diri dalam membentuk kanak-kanak secara holistic, membangunkan insan berkualiti dan berpandangan positif, maka lahirlah Tadika dan Taska Permata PKPS dengan wawasan bahawa dengan menddidik kanak –kanak dengan cara yang betul dan positif, bukan sahaja membawa kebaikan kepada kanak –kanak, malah juga sebagai tunggak kejayaan bangsa dan Negara.


KONSEP KURIKULUM

Kurikulum yang diguna pakai oleh Taska dan Tadika Permata PKPS memberi penekanan kepada pembangunan kanak –kanak:

  • Perkembangan kanak – kanak secara holistic
  • Perkembangan mengikut fasa perkembangan kanak – kanak
  • Perkembangan awal intelek menerusi bahasa, komunikasi dan literasi awal
  • Mengenalpasti kesediaan kanak –kanak dari segi potensinya dan keupayaannya
  • Pembelajaran dengan bermain
  • Persekitaran yang kondusif, selamat, riang dan penuh kasih sayang
  • Memberi penekanan kepada kesihatan fizikal dan mental

MENGAPA TADIKA DAN TASKA PKPS DIKATAKAN UNIK?

Kami membangunkan kombinasi yang unik:

  • Kaedah pengajaran : menggalakkan imaginasi, meningkatkan kreativiti melibatkan diri dalam permainan dan interaksi yang konstruktif.
  • Kami sentiasa menjalankan penilaian secara berjadual dan mengikut keperluan setiap hari, setiap minggu, bulanan dan setiap semester.
  • Persekitaran kondusif yang menggambarkan kualiti, nisbah guru:murid adalah rendah, peralatan yang berkualiti tinggi.
  • Mengikut kesesuaian kanak-kanak dan mengikut keperluan pembelajaran kanak-kanak.

SKOP KURIKULUM

  • Perkembangan sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian
  • Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
  • Perkembangan Pra matematik dan persekitaran logik
  • Perkembangan deria dan pemahaman dunia
  • Perkembangan fizikal dan kemahiran menguruskan diri

Aspek asuhan meliputi keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan dan amalan asuhan.

VISI

  • Membentuk kanak-kanak supaya menjadi ahli masyarakat intelek
  • Menyuburkan kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan
  • Menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan hari depan.

MISI

  • Memupuk kanak-kanak agar maju dalam bidang akademik dan mahir dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Menyerlahkan bakat dan kebolehan kanak-kanak menerusi perkembangan yang seimbang secara holistik.
  • Menyemaikan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak.
  • Komited untuk membentuk contoh persekitaran pengajaran dan pembelajaran untuk anak-anak supaya dapat merealisasikan bakat kebolehan mereka
  • Lantas, membuka peluang ke arah peyumbang positif kepada negara dan bangsa.