SEMINAR INTEGRITI DAN MAJLIS PELANCARAN POLISI (WHISTLE BLOWING POLICY)

SEMINAR INTEGRITI DAN MAJLIS PELANCARAN POLISI (WHISTLE BLOWING POLICY)

September 1, 2015 Off By reena

26hb Ogos 2015 telah berlangsung Seminar Integriti Dan Majlis Pelancaran Polisi Pemberian Maklumat (Whistle Blowing Policy) yang dihadiri kakitangan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor. Majlis turut dihadiri  Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Tuan Haji Tamby Omar Bin Mohammed, yang turut melancarkan Majlis Pelancaran Whistle Blowing Policy.

Pada sesi pagi seminar, ceramah disampaikan oleh penceramah jemputan Tuan Mohamad Sukri bin Seman, Penguasa Kanan dan Pegawai Pendakwaan dari SPRM Negeri Selangor yang menyampaikan ceramah bertajuk Polisi Tanpa Hadiah dan Polisi Whistle Blowing. Manakala Puan Noraini binti Mohamad Ramlan, Pengurus Sumber Manusia, Latihan dan Integriti/ Kesetiausahaan PKPS memberikan Taklimat Integriti Kumpulan PKPS pada sesi petang.

PKPS mengambil langkah menguatkuasakan polisi tanpa hadiah di kalangan kakitangan Kumpulan PKPS kerana penerimaan dan pemberian hadiah boleh membuka ruang dan peluang kepada amalan rasuah, penyelewengan dan salahguna  kuasa. Manakala Polisi Whistle Blowing adalah satu saluran yang memberi peluang kepada orang awam mahupun kakitangan Kumpulan PKPS membuat aduan berkaitan sebarang salah laku semasa pelaksanaan aktiviti.