MAJLIS PELANCARAN GARIS PANDUAN ‘INTEGRITY PACK’

MAJLIS PELANCARAN GARIS PANDUAN ‘INTEGRITY PACK’

February 3, 2016 Off By reena
MAJLIS PELANCARAN GARIS PANDUAN ‘INTEGRITY PACK’ DALAM PEROLEHAN KUMPULAN PKPS SERTA MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR INTEGRITI KUMPULAN PKPS BAGI TAHUN 2016

Integriti membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik dan ia menjurus kearah perwatakan seseorang. Dalam erti kata lain ia membawa maksud kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Ia adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dan lain-lain. Oleh itu, amat penting penerangan tentang membawa integriti ini ke dalam sesuatu organisasi kerana ia merupakan tunjang kepada kejayaan sesuatu organisasi.

PKPS telah mengambil inisiatif ini dalam memberikan taklimat seterusnya melancarkan Garis Panduan ‘Integrity Pact’ dalam Perolehan Kumpulan PKPS yang telah berlangsung pada 20hb Januari 2016 di Dewan Orkid Wisma PKPS. Taklimat bertajuk Pelaksanaan ‘Integrity Pact’ Dalam Perolehan Kerajaan telah disampaikan oleh Encik Mohamad bin Che Dan dari Seksyen Kontrak Pusat, Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dan juga Kisah Dari Tirai Besi yang telah disampaikan oleh seorang bekas banduan yang telah disabitkan kesalahan menerima rasuah iaitu Encik Mohd Firdaus bin Ramlan amat menginsafkan.

Turut berlangsung adalah Majlis Pelancaran “Garis Panduan Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kumpulan PKPS” dan Pelan Integriti Organisasi Kumpulan PKPS Bagi Tahun 2016 hingga 2020 turut disempurnakan oleh Tuan Haji Tamby Omar bin Mohammed, Pengurus Besar Kumpulan PKPS.

Semua kakitangan telah hadir membaca ikrar dan menandatangani Ikrar Integriti Kumpulan PKPS Bagi Tahun 2016.