Pada 27 April 2012 lalu, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada delagasi Negeri Kelantan yang diketuai oleh Y.B.tuan Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi,Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Kelantan bersama-sama 12 orang yang terdiri daripada Pentadbir Negeri dan juga pegawai-pegawai kanan Negeri Kelantan.
Y.B.Tuan Haji Dr.Yaakob Sapari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor bersama-sama Pengurus Besar Kumpulan PKPS, Pengurusan Kanan PKPS dan Pegawai daripada Kerajaan Negeri Selangor turut hadir bagi meraikan kunjungan hormat delegasi Negeri Kelantan tersebut.
Taklimat berkaitan kemajuan dan prestasi PKPS telah disampaikan oleh Tuan Haji Ali Bin Ahmad, Pengurus Besar Kumpulan PKPS kepada tetamu-tetamu yang hadir. Perjumpaan dan perbincangan ini diharapkan dapat membuka lembaran baru bagi ruang-ruang perniagaan diantara dua pihak. Ia merupakan satu usaha yang baik dan harus diteruskan dimasa-masa hadapan.


Mei 3rd, 2012
Wahyunah 










